Tuesday, March 5, 2013

Majlis Pernikahan dan Persandingan Atiqah & Rokhimi

Alhamdulillah.....
Telahpun masuk ke tahun 2013....bermulanya detik baru untuk fasa berikutnya....
Dengan peluang yang diberikan kepada kami....kami telahpun memasuki pameran pengantin
yang telah di adakan si Stadium Indera Mulia pada bulan Disember 2012 yang lalu. Alhamdulillah masih ada lagi insan yang memberi kepercayaan kepada kami dalam merakamkan kenangan indah mereka. Masih ada rezeki kami dalam bidang ini......

Minggu yang lalu, bermula job kami yang pertama......

Majlis Pernikahan dan Persandingan
Siti AtiQah Moamat Mastam & Mohd Rokhimi Mohammed Salleh
Lokasi : Kg Tersusun Buntong 2, Ipoh.
Tarikh : 9hb & 10hb Februari 2013
Warna Tema : Silver / Pink

"Untuk hasil yang terbaik, pastikan kalian menjadikan kami seperti kawan karib kalian".... dengan itu kami sangat senang bekerja dengan mereka. TiQah yang sangat sporting dan tidak perlukan arahan daripada kami, beliau dengan spontan menggayakan pose nya yang tersendiri. Ibu dan bapa beliau juga, sporting dalam bergambar bersama anak-anak mereka. Alhamdulillah perjalanan majlis nikah mereka berjalan dengan lancar. Kimi yang pada mulanya kami menganggap agak tidak serasi dengan lensa kami....rupanya tidak, Kimi juga sangat senang bergambar.....sepadan kata orang mereka berdua.....
Minggu depan kami akan ke Shah Alam pula bagi  merakamkan majlis di sebelah Kimi pula.....tak sabar rasanya untuk detik itu =)











No comments:

Post a Comment