Monday, March 26, 2012

Outdoor Time....Hujan Turun Dengan Lebatnya....

Jam 3 petang hujan turun dengan lebatnya, dan kami tersangatlah susah hati kerana tak tahu macam mana nak buat outdoor. Sementara menjangkakan hujan akan brenti atau tak...wat keputusan, outdoor buat masa lain... Memang tak de pilihan. Tapi dengan kuasa Tuhan, alhamdulillah hujan berhenti jugak akhirnya....

Namun kami tidak boleh buat dilokasi yang jauh....hanya sekitar kawasan kampung je. Apapun dengan kerjasama pengantin dan pelakon tambahan kami yang sangat sporting, thank you so much! Korang memang kelassss....hehehehe.....






Majlis Resepsi Eija & Mie

Majlis Resepsi
Tarikh : 11 March 2012
Lokasi : Chenderiang, Tapah.
Pakaian & Make-up : Butik Shaadi, Kampar.

Kuning diraja menjadi pilihan untuk Majlis Resepsi mempelai ini. Kenduri kali ni memang orang kata mewah dengan makanan....ada cendol, ada aiskrim...laksa...bubur 3 rasa....selain dari juada utama nasi minyak secara buffet. Sambil menjalankan keje, sambil tu duk makan macam-macam....Nizam plak (abang pengantin) duk asyik suruh aku makan...ermmm memang naik berat badan aku Nizam.

Apapun, makanan sedap-sedap....tak rugi aku menambahkan kalori dalam badan aku. Hahahaha....Gambar-gambar yang ada di sini hanya sebahagian...tak leh buh semua, tunggu key....






Sunday, March 25, 2012

Malam Berinai Eija & Mie

Tarikh : 10 Mac 2012
Masa : Jam 9.00 malam.
Warna Tema :  Maroon.
Pakaian & Make-up : Butik Shaadi , Kampar.

Malam berinai ni sangat meriah, dengan kehadiran rombongan pengantin lelaki daripada Negeri Terengganu yang sanggup menanti majlis mula dengan paluan rebana disamping majlis menepung tawar dijalankan serentak. Majlis nampak meriah walaupun kehadiran hanya dikalangan keluarga sahaja.

Kanak-kanak juga sanggup bersengkang mata semata-mata untuk menanti saat-saat merebut gula-gula. Kedua mempelai juga tidak menunjukkan sebarang reaksi muram...malah tergambar wajah-wajah ceria...sproting sangat u all's.....




Thursday, March 22, 2012

Majlis Pernikahan Syarifah Khadtijah & Juhaimee

Assalamualaikum

Majlis Pernikahan Syarifah Khadijah & Juhaimiee
Lokasi : Chenderiang, Tapah, Perak.
Tarikh : 10 March 2012

Dalam kesibukan dengan kerja-kerja harian....satu malam kami mendapat panggilan daripada seorang rakan karib...inilah yang dikatakan, siapa lagi kalau tidak membantu kalau tidak kawan sendiri kan...
Apapun terima kasih banyak-banyak kepada Nizam dan keluarga kerana memberi kepercayaan kepada kami. Walaupun keadaan sedikit panik pada majlis pernikahan ini berlangsung. PANIK???? Hahaha, mana tak nye....kerana sedikit kesilapan teknikal yang diluar jangka...membuatkan kami rasa bersalah seumur hidup...huhuhu. Nasib baik keadaan dapat dipulihkan...special thanks kepada pengantin lelaki kerana membantu kami.....

Apapun majlis berlangsung dengan tenang...dengan sekali lafaz kedua mempelai selamat menjadi suami isteri. Andaman pengantin daripada Butik Shaadi Kampar mengenakan busana ala arab memberi kelainan daripada majlis biasa.