Wednesday, September 12, 2012

Majlis Pernikahan Norashikin & Zulkafli

Norashikin Othman bersama Zulkafli Mat

Tarikh : 9 September 2012
Lokasi : Tapah, Perak.
Make-up & Pelamin : Butik Shaadi Kampar.(Kak Lina 012-5632013)

Ramai juga yang melangsungkan perkahwinan selepas Raya untuk tahun ini. Kali ini , client kami di Tapah....
Bertemakan warna peach menampakkan keserian di wajah kedua mempelai....
Suasana rumah yang sangat happening pada pagi itu dengan ahli keluarga yang sangat ramah dan mudah mesra dengan kami....
Ekin juga buat pertama kalinya kami bertemu, menampakkan kesenangan untuk bekerja dengan kami. Tq ekin! Anyway, majlis berjalan dengan lancar....Zul yang kelihatan malu-malu namun sangat sporting untuk bergambar ke sana ke mari.....u all memang sesuai!
Apapun tahniah daripada kami..... Coming soon untuk Majlis Resepsi di Tapah dan Teluk Intan pula....
Sama-sama kita nantikan wokey.....

love;
iLashphotographer






Friday, June 29, 2012

Majlis PErsandingan 2 Beradik


Majlis Persandingan
Nadia dan Shah bersama adiknya Ela dan Muizz
Lokasi : Kulim Kedah.
Tarikh : 25 Mei 2012

Perjalanan yang terasa jauh akibat daripada tidak pernah sampai ke sini.....nasib baik kami sempat sampai sebelum majlis pernikahan Nadia pada petang itu...huh, seram sejuk dibuatnya takut terlepas plak...













Pernikahan EzriQ Afida






Tuesday, May 29, 2012

Perkahwinan EzriQ & Afida

Majlis Perkahwinan EzriQ dan Afida
Lokasi : Taman Setapak, Kuala Lumpur.
Tema Majlis : Warna Merah Putih

Hai...
Anyway penat masih terasa....tapi tak sabar nak tengok hasil kerja...
Anyway...kali ni kami jadi 'bidan terjun' yang melatop!!!
Perancangan awal memang nak jadi official photographer pada majlis perkahwinan abang kepada Fadzil ni...tapi memandangkan kami ni selaku tuan rumah, mesti banyak benda yang nak kene urus...

Secara kebetulan photographer diaorang terpaksa pegi event official...
So takkan nak biarkan majlis begini tak de photographer....
Dengan kerja keras aku seorang je yang shoot gambar diaorang memandangkan enCik hubby terpaksa membuat kerja lain di hari kenduri....
Alhamdulillah berjalan lancar....

Merah putih menjadi tema majlis


Pasangan Secocok...

Lokasi Outdoor Bangunan Sultan Abdul Samad menjadi pilihan




SPORTING!!!



Monday, March 26, 2012

Outdoor Time....Hujan Turun Dengan Lebatnya....

Jam 3 petang hujan turun dengan lebatnya, dan kami tersangatlah susah hati kerana tak tahu macam mana nak buat outdoor. Sementara menjangkakan hujan akan brenti atau tak...wat keputusan, outdoor buat masa lain... Memang tak de pilihan. Tapi dengan kuasa Tuhan, alhamdulillah hujan berhenti jugak akhirnya....

Namun kami tidak boleh buat dilokasi yang jauh....hanya sekitar kawasan kampung je. Apapun dengan kerjasama pengantin dan pelakon tambahan kami yang sangat sporting, thank you so much! Korang memang kelassss....hehehehe.....






Majlis Resepsi Eija & Mie

Majlis Resepsi
Tarikh : 11 March 2012
Lokasi : Chenderiang, Tapah.
Pakaian & Make-up : Butik Shaadi, Kampar.

Kuning diraja menjadi pilihan untuk Majlis Resepsi mempelai ini. Kenduri kali ni memang orang kata mewah dengan makanan....ada cendol, ada aiskrim...laksa...bubur 3 rasa....selain dari juada utama nasi minyak secara buffet. Sambil menjalankan keje, sambil tu duk makan macam-macam....Nizam plak (abang pengantin) duk asyik suruh aku makan...ermmm memang naik berat badan aku Nizam.

Apapun, makanan sedap-sedap....tak rugi aku menambahkan kalori dalam badan aku. Hahahaha....Gambar-gambar yang ada di sini hanya sebahagian...tak leh buh semua, tunggu key....






Sunday, March 25, 2012

Malam Berinai Eija & Mie

Tarikh : 10 Mac 2012
Masa : Jam 9.00 malam.
Warna Tema :  Maroon.
Pakaian & Make-up : Butik Shaadi , Kampar.

Malam berinai ni sangat meriah, dengan kehadiran rombongan pengantin lelaki daripada Negeri Terengganu yang sanggup menanti majlis mula dengan paluan rebana disamping majlis menepung tawar dijalankan serentak. Majlis nampak meriah walaupun kehadiran hanya dikalangan keluarga sahaja.

Kanak-kanak juga sanggup bersengkang mata semata-mata untuk menanti saat-saat merebut gula-gula. Kedua mempelai juga tidak menunjukkan sebarang reaksi muram...malah tergambar wajah-wajah ceria...sproting sangat u all's.....




Thursday, March 22, 2012

Majlis Pernikahan Syarifah Khadtijah & Juhaimee

Assalamualaikum

Majlis Pernikahan Syarifah Khadijah & Juhaimiee
Lokasi : Chenderiang, Tapah, Perak.
Tarikh : 10 March 2012

Dalam kesibukan dengan kerja-kerja harian....satu malam kami mendapat panggilan daripada seorang rakan karib...inilah yang dikatakan, siapa lagi kalau tidak membantu kalau tidak kawan sendiri kan...
Apapun terima kasih banyak-banyak kepada Nizam dan keluarga kerana memberi kepercayaan kepada kami. Walaupun keadaan sedikit panik pada majlis pernikahan ini berlangsung. PANIK???? Hahaha, mana tak nye....kerana sedikit kesilapan teknikal yang diluar jangka...membuatkan kami rasa bersalah seumur hidup...huhuhu. Nasib baik keadaan dapat dipulihkan...special thanks kepada pengantin lelaki kerana membantu kami.....

Apapun majlis berlangsung dengan tenang...dengan sekali lafaz kedua mempelai selamat menjadi suami isteri. Andaman pengantin daripada Butik Shaadi Kampar mengenakan busana ala arab memberi kelainan daripada majlis biasa.